Friday 11 April 2014

GAMBAR BERMAIN CONGKAK







PERMAINAN CONGKAK

         Permainan congkak memerlukan dua orang pemain sahaja. Papan congkak diperbuat daripada kayu yang berukuran 80 cm panjang dan 18 cm lebar. Kadangkala papan congkak ini diukir dengan ukiran yang indah.

         Papan congkak mempunyai 10 atau 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah". Permainan ini sangat digemari oleh kanak-kanak perempuan. 

http://youtu.be/8MXo3qUACLI

GAMBAR KANAK-KANAK BERMAIN CARI CUCU






PERMAINAN CARI CUCU

         Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak di luar rumah. Cari cucu dimainkan oleh beberapa orang atau dalam jumlah yang ramai.  Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang digemari oleh mereka. Dalam permainan ini, terdapat dua buah lagu khas yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan sebatang tongkat diperlukan dalam permainan ini.

         Sebelum permainan dimulakan, seorang daripada mereka haruslah menjadi nenek. bagi menentukan siapa yang menjadi nenek, undian secara "lai lai li tam plong" perlu dijalankan.  Sesiapa dalam kalangan mereka yang kalah dalam undian tersebut akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta. Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan antara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.

 

Lirik lagu Nenek-nenek Si Bongkok Tiga
Nenek, nenek
Si Bongkok Tiga,
Siang Mengantuk
Malam Berjaga
Mencari cucu
Di mana ada
Nenekku kahwin
Dengan anak raja
Cucu,cucu
Tak dapat lari
Nenek tua
Banyak sakti
Sekarang nenek
Nak cari ganti
Siapa kena
Dia yang jadi

MAIN ACI SOROK





PERMAINAN ACI SOROK

          Di beberapa tempat, permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak amat menggemari permainan ini. Permainan ini amat mudah dan jumlah pemainnya tidak terhad.  Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. Aci sorok merupakan sejenis permainan di luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah, iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

          Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara "lai lai li tam plong" dijalankan kepada semua pemain. Setelah pencari ditentukan, dia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk.  Kiraan akan dibuat antara 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yng telah ditetapkan. Sekiranya terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan, pemain tersebut akan dikira "jadi" dan akan mengambil peranan sebagai pencari pula.

GAMBAR: BERMAIN GALAH PANJANG






GALAH PANJANG

          Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa ketika pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.  Permainan ini dimainkan secara berkumpulan, iaitu terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan.

         Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja.  Salah seorang daripada ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan yang lainnya sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

GAMBAR GASING





GAMBAR GASING


GASING

        Permainan gasing memerlukan seseorang pemain mempunyai teknik kemahiran yang tersendiri. Permainan ini dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Permainan ini dimainkan selepas musim menuai. Di Pantai barat Semenanjung, gasing yang dimainkan adalah daripada jenis yang kecil serta mempunyai banyak bentuk. 

         Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah.  Pemusing akan memusingkan empat biji gasing di dalam bulatan.  Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. pasukan ini akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar udnang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan, mereka pula akan menjadi pemusing. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperoleh mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.