Friday, 11 April 2014

PERMAINAN ACI SOROK

          Di beberapa tempat, permainan ini dinamakan juga sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak amat menggemari permainan ini. Permainan ini amat mudah dan jumlah pemainnya tidak terhad.  Lebih ramai yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi mereka. Aci sorok merupakan sejenis permainan di luar rumah dan memerlukan kawasan yang luas. Sebatang pokok atau tiang akan dijadikan ibu atau rumah, iaitu induk untuk pemain yang akan mencari rakan mereka yang menyorok.

          Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara "lai lai li tam plong" dijalankan kepada semua pemain. Setelah pencari ditentukan, dia hendaklah berdiri dengan menutup matanya di rumah induk.  Kiraan akan dibuat antara 1 hingga 100 atau kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan mula mencari rakan pemain lain yang menyorok di sekitar kawasan yng telah ditetapkan. Sekiranya terdapat pemain yang menyorok di luar kawasan yang telah ditetapkan, pemain tersebut akan dikira "jadi" dan akan mengambil peranan sebagai pencari pula.

No comments:

Post a Comment