Friday 11 April 2014

GASING

        Permainan gasing memerlukan seseorang pemain mempunyai teknik kemahiran yang tersendiri. Permainan ini dimainkan di merata-rata tempat di negara ini. Gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Permainan ini dimainkan selepas musim menuai. Di Pantai barat Semenanjung, gasing yang dimainkan adalah daripada jenis yang kecil serta mempunyai banyak bentuk. 

         Terdapat dua pasukan yang dianggotai oleh empat orang bagi setiap kumpulan. Pasukan ini terdiri daripada pasukan pemusing dan pasukan pemangkah.  Pemusing akan memusingkan empat biji gasing di dalam bulatan.  Pasukan pemangkah pula akan cuba memangkah dan mematikan gasing lawannya. pasukan ini akan terus memangkah sekiranya tidak melanggar udnang-undang permainan. Sekiranya pihak pemangkah melanggar undang-undang permainan, mereka pula akan menjadi pemusing. Markah sebanyak dua mata akan diberikan kepada setiap pemusing yang berjaya memangkah. Pasukan yang memperoleh mata yang terbanyak dalam masa 40 minit akan menjuarai pertandingan itu.

No comments:

Post a Comment