Friday 11 April 2014

GALAH PANJANG

          Permainan tradisional ini dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa ketika pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan dan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong.  Permainan ini dimainkan secara berkumpulan, iaitu terdiri daripada kumpulan penyerang dan kumpulan pertahanan.

         Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang daripada empat orang dan kebiasaannya terdiri daripada sepuluh pemain sahaja.  Salah seorang daripada ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan yang lainnya sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar gelanggang, iaitu di sepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

No comments:

Post a Comment